Kelas Asas Internet

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan internet.Seramai sembilan orang peserta yang terdiri daripada enam orang lelaki dan tiga orang perempuan yang menyertai kelas ini. Pertama sekali pelajar diajar bagaimana cara mencari gambar dan simpan gambar menggunakan aplikasi google.Selain itu ,pelajar juga diajar menggunakan “google map dan street view”.

Kelas ini dianjurkan kepada pelajar bertujuan mendedahkan pelajar untuk mempelajari bagaimana mencari sesuatu tempat atau destinasi yang hendak dituju dengan tepat dan betul. Di akhir kelas ini, setiap pelajar mesti mempraktikkan semula apa yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas